Repot Polis oleh Ng Wei Aik, Ahli Dewan Undangan Negeri bagi KOMTAR pada 11 Julai 2009 di Balai Polis Jalan Patani
Saya ingin membuat repot ini supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan ke atas proses pemberian milik tanah
Mengikut kertas kronologi yang telah disiarkan, didapati bahawa tanah
Walaupun pemberian milik tanah Lot 698 kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang adalah sebagai ganti kepada tapak tanah bersebelahan dengan Dewan Sri Pinang yang telah diluluskan oleh kerajaan untuk bangunan tambahan mahkamah, namun Ketua Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada masa itu telah memberi kelulusan tanpa merujuk kepada laporan penilaian yang dibuat terhadap nilai pasaran kedua-dua bidang tanah tersebut. Laporan penilaian adalah penting untuk memastikan kedua-dua bidang tanah tersebut adalah lebih kurang sama nilainya tanpa merugikan rakyat Negeri Pulau Pinang.
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada masa tersebut telah memberikan diskaun 50% bagi premium kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang di mana kadar premium RM10.00 sekaki persegi adalah terlalu murah bagi sebidang tanah yang ‘prime’. Ini menimbulkan persoalan sama ada Ketua Menteri dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada masa tersebut mempunyai kepentingan sendiri apabila memberikan kelulusan terhadap pemberian milik tanah
Dengan itu, saya memohon supaya pihak polis menjalankan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat dalam memberikan kelulusan terhadap pemberian milik tanah
No comments:
Post a Comment