Saturday, July 25, 2009

Penduduk Kg Buah Pala & Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bersatu Menghadapi Cabaran

Akibat hasutan dan sabotaj anasir luar, penduduk Kampung Buah Pala tidak dapat berjumpa dengan Ketua Menteri sehingga baru-baru ini.

Dalam perjumpaan terakhir antara semua penduduk dengan Ketua Menteri serta dua orang Timbalan Ketua Menteri dan wakil-wakil Kerajaan Negeri yang lain pada 24-07-09 di KOMTAR, kedua-dua pihak penduduk dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk berdiri bersama-sama menyelesaikan masalah Kg Buah Pala.

Dua pendekatan yang diambil:
1. Pembatalan kelulusan pelan pembangunan pemaju ke atas tanah Kg Buah Pala oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2. Tuntutan penduduk dan Kerajaan Negeri kepada pemaju supaya sebahagian tanah di Kg Buah Pala dikekalkan.

Lihat video sidang media yang diadakan selepas mesyuarat bersama penduduk dan Kerajaan Negeri:

No comments: