Showing posts with label Pemuda Sosialis. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Sosialis. Show all posts

Sunday, July 12, 2009

Pemuda Sosialis DAP Buat Laporan Polis Tentang Kes Penjualan Tanah Kg Buah Pala

Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokrasi Pulau Pinang (DAP Socialist Youth - DAPSY) telah membuat satu laporan polis pada semalam 11 Julai 2009 di balai polis Jalan Patani berkenaan kes penjualan tanah Kg Buah Pala oleh bekas Kerajaan Negeri Pulau Pinang Gerakan-BN.

Laporan ini telah dibuat sehari selepas kronologi peristiwa penjualan tanah Kg Buah Pala telah diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat berikutan deklasifikasi minit mesyuarat Exco Kerajaan Gerakan-BN.

Setiausaha DAPSY Pulau Pinang Ng Wei Aik menyeru polis supaya menjalankan siasatan sama ada penyelewengan dalam penjualan tanah Kg Buah Pala kepada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang. Tanah tersebut telah dijual kepada Koperasi pada harga yang murah iaitu RM10/kaki persegi.


*Akan datang teks kenyataan akhbar DAPSY Pulau Pinang.